mai singgah2 duLu contest dye ==> hadiah kereta ferrari merah
er...

lalala~~
Syarat nak jOin mudah je.
aku nk tag mereka ini....
1. siti fairus aka gf aku
2. taufiQ jamaL aka kawan aku
Labels: my story
nie contest act.........contest pe ntah!hahaha! mai cLick sini===> menang bmw 5-S
er......dapat topup ceLcom ok?haha!
nak wat camne ntah contest nie....
kena jawab sokLan ye?
knp dye sweet sgt?
1. dah dye sweet..
2. dye manis..
3. dye baik..
4. dye syg aku..
5. dye sangaaaaat syg aku...
ok,dah cukup~~~
ap?nak pic??amik2!
er.....xbeh lagi?
nak kena tag org pLak??
iskh2!
my gurLpren, akak angkat aku, minah IPG<==banyak mulut..
ha!dah setLe kan2?ahahha!
p/s:aku tau aku menang,bg adiah pat!
Labels: my picture, my story
Labels: my picture, my story
hahaha!even sebeLUm nie aku xpnh gegaR pown...
weLL3~~
aku saje2 testting2 benda nie...
motif?
pown xtaw.....hahha!
korg kLIck Jew nie ha,,
====> menang seratus ringgit!! (kasi gempak ja...xda pown -.-")
er...xtaw nak ckp pe tp aku rase besa ja....
Labels: my video
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
Labels: fun story
Buat Tu Buat Ni
itu yang aku dengar
tiap2x hari sejak aku di sini
waiter,cashier,cleaner, costumer
semuanya aku 2x
amek anak kau dari sekolah pun kerja aku,
lepas tu nak kena hantar pulak dia pergi mengaji
dekat kg baru
aku buat semua for u
aku kerja semua for u
aku jadi bapuk for u
nasiblah aku ini
makan tido kerja kat sini
kalo tak dah lama
ku bakar kedai nie
roslan kadir kena buang
sebab dorang curi pencungkil gigi
bos jahat 2x
itulah panggilan
yg patut ku bagi 2x
dahlah gaji aku sikit
itupun kau tak pernah nak bagi
ikut hati aku
orang macam kau nie dah lama
aku aku aku bagi kaki
Labels: my video
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
ttba pLak terlaya lagu nie...haish!mula2 ingatkan lagu nie jiwang2 gitu.
rupenye lagu nie untuk bapak dye...apa2 pown, layan je la di petang yang panas nie ha....
Labels: my video
Labels: my story
elak + dosa (cLick sini)
er.....xda niat pape~aku dah lame keLuar dari poLitik mesia~
juz kagum dgn penuLisan dia nie.....
p/s: dunia poLitik penuH kekotoran, 2x5= poLitik Mesia
Labels: another story
Labels: my video
Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."
Labels: another story
DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:
Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya. Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
Penerbangan selama 13 jam menerusi Malaysia Airlines telah menebak pelbagai rasa. Teruja, gentar dan berdebar tebal di benak hati, London merupakan siri pengembaraan yang telah banyak menjelajah negara-negara lain. Pengalaman Ke London selama seminggu merupakan pengalaman manis yang tidak akan larut sama sekali.
Selain bertemu teman, perjalanan ke London merupakan satu peluang bagi aku untuk menambahkan pengalaman merasakan perbedaan budaya dan adab, melihat pertembungan pelbagai budaya yang berbeda pancasila di bawah ruang langit yang satu. London dipanggil melting pot.
Tersentak rasa hati melihat London Tower dan House of Parliament dari pesawat, terasa seperti berada di dalam mimpi. Kerlipan neon Kota London cukup mempesonakan. Seperti dirancang, penerbangan MH002 telah selamat mendarat tepat jam 5.20 pagi waktu London tempatan.
Sejurus sampai dengan kepala yang seakan mamai, aku bergerak menghala ke immegresen bagi tujuan pemeriksaan. Melihat satu persatu penumpang berlalu pergi dengan mudah, aku menjangkakan proses pengesahan kemasukan ke Kota London adalah mudah, tapi ianya tersasar dari apa yang diramalkan. Kedatanganku ke Kota London mempunyai pandangan yang cukup skeptikal oleh pihak immegresen di sana.
Pelbagai soalan yang adakala menyesakkan fikiran telah diajukan, segala latarbelakang penulis telah diperiksa secara terperinci waima pekerjaan ibu bapa juga telah menjadi persoalan, ianya seakan sesi interview pekerjaan. Soalan demi soalan telah ditebak!
Pada mulanya aku cuba memperlihatkan aksi yang bersahaja dan tenang tetapi setelah lebih lima minit sesi 'interview' itu masih berterusan, penulis seakan hilang arah dan mula peluh mencurah-curah keluar di dalam kedinginan pagi itu dan setiap baris kata-kata menjadi tunggang langgang. Akhir sekali penulis dikehendaki mengistiharkan jumlah duit dan semua kad kredit yang dibawa.
Setelah sesi 'interview' tamat, aku terus mencapai bagasi keluar dengan sedikit perasaan ralat. Namun begitu persoalan itu telah dimatikan setelah berbicara dengan seorang warga tempatan yang pihak immegresen dan keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow kini mempergiatkan langkah-langkah keselamatan berikutan siri letupan yang berlaku di sekitar London pada awal 2007. Selain itu, ianya bagi mengelakkan warga asing bermastatutin di Kota London.
'Perhatian' akan lebih diberikan kepada warga asia khususnya lelaki dan beragama Islam. Sukar menafikan dengan senario dunia sekarang telah banyak merobah dan menyukarkan kehidupan masyarakat Islam seantero dunia khususnya kaum adam!
Masih terngiang kata-kata ibu yang melarangku berjanggut untuk masuk ke Kota London untuk mengelakkan sebarang perkara berbaur sebegini. Pengalaman ditahan lama oleh pihak immegresen bukanlah yang pertama terdahulu ianya pernah berlaku semasaku masuk ke negara jiran Singapura, walaupun Singapura bukanlah negara asing buatku.
Walau apapun perjalanan penulis diteruskan, perkara yang pertama dilakukan adalah mendapatkan maklumat secara terperinci tentang sistem pengangkutan di Kota London. Mengikut nasihat teman2, adalah lebih baik dan menguntungkan jika bergerak dengan menggunakan Tube yang merupakan sistem pengangkutan yang menghubungkan hampir kesemua kawasan utama di dalam Kota London. Tube sama sistem aliran ringan Putra, STAR dan Komuter.
Terdapat juga pendekatan yang berbeza, untuk mengurangkan kesesakan penggunaan Tube pada masa puncak, TfL syarikat pengurusan utama pengangkutan kota London telah menyediakan pakej yang berbeza, setiap pengguna yang menggunakan Tube ketika waktu puncak akan dikenakan bayaran yang lebih bebanding waktu-waktu biasa.
Untuk makluman, aliran Tube di sini terbahagi kepada beberapa jenis yang mengikut destinasi. Setiap destinasi akan diklasifikasikan dengan nama dan warna. Terdapat 12 rangkaian seperti Jubilee yang berwarna kelabu, Bakerloo berwarna coklat, District berwarna hijau, Circle berwarna kuning dan pelbagai lagi. Sistem pengangkutan di Kota London sememang sistematik, setiap rangkaian telah dipermudahkan dengan penyediaan satu penerangan berbentuk rangkaian aliran sistem pengangkutan di Kota London.
Selain itu, pengedaran peta laluan London secara meluas kepada para pengguna. Ini telah membantuku dalam banyak perkara. Dan setiap stesen tidak kira Tube ataupun bas akan disediakan papan eletronik berhubung masa ketibaan sesebuah kenderaan itu.
Dari Heathrow, aku menuju ke Bayswater, tempat di manaku akan menginap. Perjalanan ke Bayswater mengambil masa hampir 45 minit, untuk menuju ke Bayswater aku terpaksa menukar Tube di Earl's Courts stesen kerana Bayswater terletak di dalam aliran District Line berbeza Tube dari Lapangan Terbang Heathrow yang terletak di dalam aliran Picaddily.
Sejurus sampai ke Bayswater, aku menghala ke lokasi penginapan yang terletak 1 km dari stesen. Sepanjang laluan di kiri kanan terdapat puluhan kedai cenderamata yang menawarkan harga yang paling murah di kota London. Ini terbukti apabila aku melakukan tinjauan selepas itu di beberapa tempat. Sebagai contoh, rata-rata setiap tempat menjual fridge magnet dengan harga L2 atau lebih tetapi tidak di Bayswater yang menawarkan 12 keping dengan harga L10 sahaja.
Memandangkan tukaran wang RM kepada Paun adalah tinggi (RM7 bersamaan L1) ramai yang tidak menafikan kos kehidupan di London adalah tinggi bagi warga asing terutama dari Asia. Sememangnya fakta dan nasihat sebegini telah merisaukanku. Sehubungan itu, aku telah bersiap sedia dengan membawa duit poket yang dikirakan wajar untuk menampung kos penginapan, tambang seharian dan makanan. Istilah untuk membeli belah tidak ada langsung dalam pemikiranku, waima untuk membeli barangan cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga telah diketepikan sekali. aku cuba memastikan perbelanjaan tidak menyekat aktiviti riadahku di sana....
continue in next entrY...
Labels: my story
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik.
Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran.
Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.
Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.
Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya,
‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Orang tua itu ketawa dan berkata.
‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’
dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.
Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.
Orang tua itu berkata,
‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’
dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.
Meletihkan, katanya,
’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’
Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah.
Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.
Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran.
Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
p/s: credit to ::[ Pengukir Kata ]::
Labels: another story